Monday, July 14, 2008

Gajah dan Semut

Kemusnahan umat terlihat nyata sekarang. Tak ramai yang melihat itu dengan hati tapi yang nyata ianya tidak merunsingkan mereka sedikitpun. Ramai yang tidak ambil peduli apa yang berlaku disekeliling kita. Tetapi hanya menumpukan kepada apa yang mereka hadapi. Jelasnya tidak mudah untuk kita mengakui apakah kesilapan kita yang membawa kepada kejadian hari esok.

Kita saling menuduh antara satu sama lain jika berlaku pertelingkahan. Hakikatnya adalah perlu jika kita merenung apa kah sebabnya pertelingkahan itu. Zahirnya kita payah ingin mengalah tetapi renungan yang dalam akan membawa pada jawapan bahawa setiap perlakuan mesti ada sebab, bila, mengapa ia harus terjadi.

No comments: