Tuesday, January 06, 2009

You light up My life



Women and emotions memang sukar dipisahkan. Dalam hati memang masih ada cinta yang mekar, gebu dan bergelora. Untuk anak-anak, ibu, ayah, teman seperjuangan dan mungkinkah untuk seorang lelaki? Cintakah itu?

Tetapi yang kutahu pada ketika aku hampir tersungkur tiada kekasih, ibu atau ayah yang membangunkan aku dari kesedihan dan kejatuhan. Hanya ada anak-anak dan teman yang sungguh-sungguh membuat ku membaca mata yang ingin memberi dan mengharap aku menerima huluran tangan mereka untuk memimpinku berdiri semula.

Dan yang paling indah disaatku menadah tangan dimalam yang sunyi dan hening, allah memberinya dihari esok tanpa ada syarat, tanpa ada paksaan mahupun nilai yang bisa ditukar ganti. DIA sentiasa memberi bila ku minta, cuma aku jarang meminta kerana aku ingin merasakan manisnya dugaan yang diberi walau aku tahu ia amat menyakiti pada waktu-waktu tertentu. Namun aku tetap bersyukur aku masih berdiri, tersenyum, bahagia melihat perubahan demi perubahan berlaku bila aku inginkan ianya berlaku.

Alhamdullillah aku berjaya meneruskan 2009 dan meninggalkan 2008. Banyak pahit manis yang dijadikan satu memori yang tak akan terlupakan. Banyak yang kugapai dan tidak juga kukutip kenangan yang pahit telah ku tinggalkan semalam. Walau banyak berbekas namun semangat tak akan patah kerana dugaan itu adalah kemanisan yang patut dikupas dari kepahitan kerana ia adalah pelajara yang paling baik untuk dipelajari.

Hanya sabar dan tawakkal yang dapat mengutuhkan jatidiri. 7 tahun sendirian bukanlah waktu yang singkat dan tidak jua terlalu panjang untuk diukur. Namun bukan semua insan dapat kemanisan kupasan kepahitan dan dugaan.

Aku akur, bahgia dengan kesedihan dan kepahitan namun ia mengukuhkan hati dan imanku. Ya tuhan syukur alhamdullillah.

Amin...

No comments: