Wednesday, January 21, 2009

Bisunya hati...

Aku ingin menanggis sepuas-sepuasnya.

Bila begini aku suka mencari kebisuan. Dingin malam, cahaya lampu, deruan angin menjadi teman yang paling akrab. Tiada teman yang akan mengerti kepedihan dan aku tidak juga suka membiarkan mereka tertanya apa yang membelenggu jika aku berada disisi mereka bersama kebisuanku.

Pena yang bergerak menari mencurahkan isi hati yang sangat rapuh, gering dan gusar. Ia hanya mengikut tarian jari yang keluar dari nurani yang menakung sekolam airmata kepedihan

Sakitnya hanya tuhan yang tahu. Dikala ini aku amat merindukan tangan yang sasa memelukku tanpa bicara. Hanya merasakan hangat aliran darah, hangatnya kasih yang terlerai melalui pelukan itu. Dan aku akan pulang dengan penuh kepuasan.

Benar sukar mencari pengertian melalui pelepasan perasaan. Tiba-tiba aku jadi rindu pada sebuah kerlingan matanya. Tiba-tiba aku terdengar "come here farm". Dengan teragak-agak aku mendekatkan diri membiarkan pelukannya menyejukan runtunan hati yang gusar.

Dan jika butiran mataku jatuh jari jemarinya akan menyeka dan membelai lembut rambutku sehingga aku tersenyum semula.

Teman, kau telah pergi jauh dariku. Amat jauh demi kerana menjaga hati dua insan yang kau sayang. Sehingga kini aku masih mengenangmu sebagai teman yang amat gentle dan passionate. Benar aku belum lagi menemui penggantimu kerana aku tidak pernah lagi membuka laluan untuk mana-mana lelaki untuk singgah bertamu dihati maupun dimata.

Cukup hanya dimata, lerek senyum ku untuk persahabatan. Tidak ada lagi seterusnya dari itu. Aku tidak mampu untuk melawan arus perasaan walau aku amat memerlukan seseorang sekarang.

Aku takut pada diriku sendiri... Aku insan yang lemah yang mendambakan kasih sayang sejati seorang insan walaupun bukan untuk sehidup semati...

Hanya tuhan yang punya jawapan itu...

1 comment:

ANAFAKIR said...

Dalam hidup ini..kesunyian sdalah teman setia.Namun kesunyianlah yang mematangkan kita.Kesunyian juga yang merapatkan kita padaNya.Dengan kesunyian jua..kita lebih damai dan tenang.Kutiplah sisa-sisa keyakian yang ada untuk bangkit menjadu manusia waja...kenal diri dan kenal PENCIPTA kita. Anafakir -http:// mutiaraanafakir@blogspot.com