Ternyata sangat sukar menjadi wanita istimewa dimataNYA dan dimata insan biasa. Tiada yang lebih baik dari menjadi makhluk ciptaannya.
Wanita diletakkan ditahap paling tinggi darjatnya disisi allah selain malaikat dan para nabi. Dan wanita juga dikurniakan dengan 1 akal dan 9 nafsu serta sifat kesabaran yang paling tinggi.
Taraf yang diletakkannya itu tidak dapat dinilai oleh sesiapa saja dibumi ini. Setiap saat didatangkan dugaan dan cabaran untuk menguji keimanan dan taqwa.
Sangat mudah tersungkur namun ada juga yang sangat cekal menghadapi apa jua rintangan.
Yang menjadikan wanita itu berbeza dari lelaki adalah sifat dan sikap jua keimanan dan ketabahan yang tak mungkin dipunyai oleh semua individu. Ianya tertakluk hanya kepada seseorang.
Cantiknya ia bukan pada paras rupa juga pada bentuknya. Ia terletak pada hati, jiwa dan rohani yang bersih dan jasmani yang sihat.
Amat sukar mencari wanita yang mengenali dirinya sendiri, mengetahui apa yang dimahukannya dan juga inginnya untuk hari yang mendatang.
Kebanyakkannya terbuai oleh arus kehidupan. Kesukaran membuatkan mereka belajar ataupun membutakan mata untuk mengikuti jalan yang seharusnya.
Wanita sekarang sangat lantang berbicara, mengendalikan haq dan juga bijak membuat pemilihan tentang hidup. Ramai yang hilang arah bilamana berada diatas.
Pada mereka yang tahu asal kejadian akan berpaling kebawah walaupun berada ditahap kerjaya mereka yang teratas tetapi dipangkuan lelaki atau suami mereka adalah pasangan yang seharusnya akur kepada kehendak kejadian bahawa mereka perlu menghormati, mengakui dan bisa dilentur bahawa mereka adalah sebahagian dari tulang rusuk seorang lelaki.
Jika terlalu keras pengendaliannya iakan patah, jika terlalu lembut iakan hancur, jika dibiarkan iakan hanyut.
Fenomena yang melanda milenium/ zaman sekarang adalah wanita yang sentiasa memperjuangkan haq sendiri yang sentiasa meletakkan kehendak dan kemampuan mereka sebagai keinginan yang perlu dipenuhi oleh lelaki pada apa jua keadaan tanpa mempertimbangkan situasi dan asal kehidupan.
Ada yang benar tapi ramai yang tersasar kerana lupa bila berada diatas puncak kejayaan yang diraih. Bukankah mereka harus berpaling kebelalakang siapakah yang menyokong atau punca mereka melakukan dan meraih itu semua.
Sesungguhnya aku jua adalah insan yang terkhilaf. Maka dengan itu nukilan dan jua luahan hati ini tersingkap. Dialah yang menjadi penyokong, penyandar walaupun pada kadar waktu ia lupa tanggungjawabnya adalah untuk berada diatas sana untuk dia merona warna kehidupanku.
Namun DIA telah membuka mataku, mindaku juga rohaniku untuk kembali kepada asalku. Mengerti apa erti kejadian seorang lelaki dan wanita. Dimana letaknya ia, kearah mana tujuan ia dan apa yang pasti untuk seorang yang bernama WANITA.
Aku hanya diutus untuk menjalankan tugas sebagai hambanya berada sangat hampir kepada hatinya, sangat dekat pada jantungnya dan menyokong hembusan nafasnya hingga kesaat akhir.
Jika ia datang lagi, haruslah aku menerima seadanya kerana adanya aku adalah untuk meneruskan perjalanan seorang insan yang bernama LELAKI.
Wassalam wb.